Sebenarnya, aku dikehendaki menghadiri dua kursus iaitu Kursus Orientasi Guru Baharu dan Kursus Prasekolah Pendidikan Khas. Dua sekali kena pergi. Tapi disebabkan Kursus Orientasi Guru Baharu ini penting dan anjuran JPN Selangor, jadi aku tidak boleh menolak. Dan penyelaras yang akan pergi menghadiri Kursus Prasekolah Pendidikan Khas tersebut. Terima kasih Encik Riza.
Sepanjang 4 hari di sana, kami disajikan dengan ceramah-ceramah berkenaan bidang tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru. Kami juga diberi dua tugasan yang harus diselesaikan apabila pulang ke sekolah semula.
Makan di sana, tak payah cakap, memang sedap! Lagi-lagi bila berada di tanah tinggi, sayur-sayur semua fresh dari ladang. Dari breakfast, lunch and dinner wajib ambil salad dan thousand island. Rasanya kalau duduk sana lama lagi memang cantik dan flawless kulit ni. =p
Nak singgah mana-mana memang tak sempat. Nak berjalan, nak bershopping, harapan je lah. Masa nak balik tu je minta jasa baik pakcik driver bus untuk berhenti sekejap di KEA Farm. Dapatlah beli sikit-sikit sebagai buah tangan untuk keluarga dan guru-guru.
Selamat menjadi guru! :D
No comments:
Post a Comment