20120326

Istiadat Konvokesyen Kali Ke-2 #Part |||

Tanggal 15 Mac 2012 adalah tarikh majlis konvokesyen aku.

Semenjak dua menjak ini terdapat sedikit kekangan untuk mengupdate blog disebabkan kesibukkan yang melanda diri ini. Maklumlah, guru baharu kan. :)

Alhamdulillah, penat lelah 5 Tahun 6 bulan telah pun berakhir. Bukan mudah untuk menggapai segulung ijazah. Pelbagai peristiwa manis dan pahit yang terpaska ditempuhi sepanjang tempoh pembelajaran.






Buat ayah dan ibu yang dikasihi,
pengorbananmu amat besar buatku.
Terima kasih atas doa dan restumu, semoga Allah merahmati dunia dan akhiratmu.

Buat adik yang dikasihi,
terima kasih atas dorongan yang dihulurkan.

Buat insan yang tidak pernah berhenti menitipkan semangat,
terima kasih atas segalanya.

Buat para pensyarah,
terima kasih atas ilmu yang dicurahkan untuk membentuk kami sebagai guru yang bertauliah.

Buat rakan-rakan seperjuangan,
terima kasih atas segalanya, semoga kejayaan menjadi milik kita semua. InsyaAllah.

No comments: