20120326

Senyum dah Kebahagiaan

Senyum, bukan bererti bahagia dalam hati.

Bila kita lihat dari perwatakan diri seseorang itu, kita tak akan boleh baca, kita tak akan boleh lihat, kita tak akan boleh memahami secara mendalam apa yang terkandung dalam isi hati dan perasaan dia sebenarnya.

Kita selalu lihat seseorang itu perwatakannya ceria, murah dengan senyuman, sentiasa bergelak ketawa, senang, macam tak ada satu pun masalah. Mungkin terdetik dalam hati kita;
"Alangkah indah, seronok dan bahagianya aku sekiranya hidupku sentiasa ceria, bahagia dan tak ada masalah seperti dia"
Tapi, tahukah kita akan permasalahan yang ditanggung oleh seseorang itu?

Kita tak tahu kerana kita hanya melihat luaran sahaja, kita tak tahu kerana kita tidak mengetahui dalamannya. Kita tak tahu isi hati dan perasaan dia. Kita tak ada pancaindera keenam untuk mengesan dan mengetahui apa yang terkandung dalam hati seseorang itu.

Setiap orang mempunyai masalah yang tersendiri. Dugaan yang datang dalam kehidupan itu adalah berbeza-beza. Tak semua orang yang senang itu senang. Tak semua orang yang bahagia itu benar bahagia. Setiap apa yang terjadi itu adalah lumrah kehidupan yang membuatkan diri kita menjadi semakin matang.

Senyum, tak beerti bahagia. Selalu tertawa tak bererti tak pernah menangis. Setiap orang yang pintar, menyembunyikan apa yang dirasa. :)

No comments: