Program lawatan ini diadakan bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan serta memberi pengalaman kepada murid serta mendedahkan mereka kepada persekitaran luar. Selain itu, murid-murid ini juga dilatih agar dapat berdikari, berdisiplin, bekerjasama dan yakin kepada diri mereka sendiri semasa aktiviti dijalankan.
Seorang guru dikehendaki menjaga seorang murid. Dan Kishen Kumar adalah murid jagaan Cikgu Nadia. Dengar cakap cikgu ye!
Program bermula dengan melawat Zoo Melaka. Murid-murid berpeluang melihat pelbagai jenis binatang yang terdapat di zoo. Murid-murid juga berpeluang melihat pertunjukan gajah yang dikendalikan oleh pekerja zoo yang berpengalaman. Penerokaan murid di Planetrium Melaka membuka minda mereka untuk mengenali alam cakerawala dan dunia sains yang belum pernah mereka lihat sebelum ini. Pada malam harinya, murid-murid dibawa menyusuri Sungai Melaka dan menikmati keindahan Kampung Morten sambil menaiki River Cruise.
Pada hari kedua, murid-murid dapat melihat dan menghayati peninggalan sejarah bangsa Belanda dan Portugis yang pernah menjajah negeri Melaka. Kemudian, murid-murid dibawa melawat Muzium Kastam dan Muzium Samudera. Di sini, murid-murid dapat melihat peninggalan penjajah dan sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Destinasi terakhir adalah Menara Taming Sari di mana murid-murid boleh menikmati keindahan panorama negeri Melaka.
Sebenarnya, di Melaka ini sendiri membawa sejuta kenangan buat aku. Dan lawatan ini, mengimbau kembali kenangan-kenangan lalu. :)
2 comments:
dtg melaka tak gtauuuu
HAHAHAHA, last minute pergi. XD
Post a Comment