20111125

Tips Ke Cameron Highland

Ini merupakan percutian terakhir aku bersama rakan-rakan dan mentor. Memandangkan tahun ini merupakan tahun akhir kami bergelar pelajar, mentor bersepakat untuk bercuti dan menghabiskan masa-masa terakhir bersama sebelum kami meninggalkan institut.

Cameron Highland merupakan tempat percutian yang dirancang. Walaupun banyak dugaan dan cabaran yang terjadi untuk percutian ini, namun ia tetap diteruskan. Bak kata orang, kita tak pernah akan mengingati sesuatu hari tetapi memori tetap terpahat dalam hati.

Di sini aku akan kongsikan beberapa tips untuk percutian ke Cameron Highland. 

1. Jalan
Perjalanan ke sana memang akan melalui jalan yang berliku-liku seperti ular kena palu. Aku nasihatkan sesiapa yang tak tahan boleh ambil pil tahan muntah dan tidur sepanjang perjalanan naik ke atas. Banyak orang menasihatkan sekiranya melalui Plus Highway, ambil exit Simpang Pulai dan bukannya Tapah. Kerana jalan Tapah lagi teruk beribu kali ganda dari jalan Simpang Pulai.

2. Hotel/Apartment
Hotel dan apartment memang banyak. Tak perlu risau. Sekiranya pergi masa cuti sekolah, aku cadangkan korang booking dahulu. Bukan apa, takut penuh. Nanti dah sampai, tak ada tempat nak stay lagi payah. Hari tu aku stay dekat SK Tanah Rata. Satu malam, RM13 per person. Kalau nak stay situ pun boleh tapi make sure kena pergi ramai-ramai sebab dia akan sediakan dorm. Makanan untuk pagi, petang dan malam juga disediakan jika mahu.

3. Cuaca
Cuaca di sini confirm sejuk. Masa aku pergi hari tu baru lepas hujan. Memang sejuk menggigil. Apatah lagi bila malam hari. Sampai tak boleh nak tidur lena akibat kesejukkan yang melampau. Air paip yang keluar tu dah macam ais. Sumpah sejuk gila. Nak mandi pun kena fikir banyak kali. Nasib baik ada water heater, jadi kuranglah sikit kesejukkan untuk mandi. Saya nasihatkan bawaklah sweater dan stokin untuk mengurangkan kesejukkan. 

4. Ladang Teh


Ada dua ladang teh di Cameron Highland. Pertama, Ladang Teh Boh yang terletak di Ringlet dan yang kedua, Ladang Teh Cameron Bharat kira-kira 5km sebelum sampai ke Tanah Rata. Aku hanya sempat pergi ke Ladang Teh Cameron Bharat sahaja dan itu sudah cukup untuk menikmati keindahan pemandangan ladang teh. Oh ya, kalau nak beli teh, jangan beli di situ kerana harganya lebih mahal daripada yang dijual di pasar. 

5. MARDI


Tiket untuk masuk ke MARDI ini adalah sebanyak RM3 sahaja dan untuk pelajar hanya RM1.50. Di sini, korang boleh lihat pelbagai tanaman sayuran dan buah-buahan segar serta bunga-bunga yang sangat cantik. Pekerja di MARDI ini tak sombong dan akan memberikan penjelasan tentang sayuran atau buah-buahan yang ada di dalam MARDI ini. Aku cadangkan, korang pergi ke sini sebab banyak info-info yang menarik yang korang boleh dapat di sini.

6. Strawberry Farm


Buah strawberry memang paling banyak terdapat di sini. Semuanya gemuk-gemuk merah-merah belaka. Geram sangat. Apa yang menarik di sini ialah korang boleh petik seberapa banyak buah strawberry yang korang suka. Tapi jangan galak sangat bila petik tu. Nanti bila timbang, lagi berat maka lagi mahal yang korang kena bayar. Beringat sebelum memetik. Di cafe Strawberry Farm ini terdapat banyak jenis makanan dan minuman berasaskan strawberry. Ada ais krim strawberry goreng, yogurt strawberry, milkshake strawberry dan macam-macam lagi. Memang nampak sedap. Tapi bila makan, rasanya tetap sama sebab semua makanan dan minuman ini dibuat menggunakan bahan asas yang sama iaitu strawberry, cream and yogurt. Jangan lupa makan strawberry celup coklat. Memang sedap!

7. Kea Farm


Kea Farm ni macam pasar. Tempat yang wajib pergi kalau mahu shopping. Macam-macam benda yang dijual di sini. Teh pelbagai perisa boleh dibeli di sini. Tapi saya syorkan korang pergi survey dulu harga sebelum membeli. Sebab harga di sini agak lain-lain. Contohnya teh Cameron Valley tu. Saya usha dekat 4 atau 5 kedai dan harganya amatlah berbeza-beza. Ada RM8, RM8.50, RM8.90, RM9 dan Rm9.50. Tawar menawar amat-amatlah digalakkan. Kalau nak beli bantal bentuk strawberry pun ada dijual di sini dengan harga paling kecil RM8, sederhana RM10 dan besar RM13. Sayuran dah buah-buahan pun ada. Buah strawberry pun banyak dengan harga 3 kotak RM10. Pandai-pandailah korang survey harga dan buatlah tawar menawar untuk dapatkan harga yang memuaskan hati.

8. Cactus Valley


Kat sini korang boleh tengok berbagai-bagai jenis cactus. Yang besar, yang kecil, yang lebar, yang tinggi, semua ada. Cactus-cactus ini dijual dalam pasu-pasu kecil mengikut jenis-jenisnya. Ada yang 6 pasu RM10 dan ada yang 2 pasu RM10. Sesiapa yang gemarkan cactus bolehlah beli. Lagipun, pokok cactus ini senang hidup dan mudah untuk dijaga. 

Itu sahaja tempat yang aku pergi dan itu sahaja tips yang boleh aku kongsikan. Masing-masing sudah kepenatan untuk meneruskan perjalanan. Mungkin bila stay lama sikit bolehlah melawat ke tempat-tempat yang lain seperti Rose Valley, Taman Rama-rama, Taman Lebah dan sebagainya. Oh ya, lagi satu aku nasihatkan korang pakai sneakers atau flip flop untuk ke sini. Jangan nak pakai heels atau wedges. Memang tak larat nak turun naik bukit.

Itu sahaja dariku untukmu. Harap tips-tips ini dapat membantu. :)

No comments: