Perjalanan hidup ini terlalu panjang. Dunia ibarat ladang, yang memerlukan kita untuk berusaha sehingga ladang itu membuahkan hasil dan hasil itu dijadikan sebagai bekalan untuk dibawa pulang.
Begitu cepat masa berlalu kerana kita sudah sampai ke penghujung tahun 1432 hijrah. Pasti tahun tersebut meninggalkan kita dengan seribu memori suka, duka, gembira, sedih untuk kita simpan sebagai kenangan.
Jangan ditangisi sekiranya tahun tersebut penuh dengan dugaan dan cabaran. Dugaan dan cabaran yang diberikan bermakna Allah sayang dan kasih pada diri kita dan oleh yang demikian kita diuji. Yang lepas, biarkan lepas. Jadikan ia sebagai satu pengajaran dalam diri.
Hari ini merupakan hari permulaan dalam tahun baru 1433 hijrah. Tahun untuk menuju ke arah jalan-jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Semoga iman diperkuat dan amalan dipertingkat. Semoga tahun baru ini akan lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya.
Salam Maal Hijrah.
No comments:
Post a Comment