Semalam,
Kita baru sahaja berjumpa,
Masing-masing tak kenal sesiapa,
Berkenalan dengan mesra,
Bersalaman dan senyum seikhlas rasa.
Hai, nama awak siapa?
Berasal dari mana?
Umur berapa?
Macam-macam soalan yang mahu ditanya,
Itulah sesi beramah mesra.
Kini,
Setelah lima tahun enam bulan perjuangan,
Kita berjaya menamatkan pengajian,
Walaupun banyak cabaran dan dugaan yang datang,
Itu bukanlah sebagai penghalang.
Walaupun,
Kita datang dari pelbagai negeri,
Datang dengan satu visi dan misi,
Menjadi pendidik berkhidmat untuk ibu pertiwi.
Kita berjaya menamatkannya di sini.
Alhamdulillah.
Selamat tinggal rakan-rakan.
Semoga kalian berjaya dalam apa jua bidang.
Semoga kita berjumpa lagi di lain hari.
No comments:
Post a Comment