Perjalanan dari Kota Makkah ke Kota Madinah mengambil masa selama 8 jam dengan menaiki bas. Pertama kali menjejakkan kaki ke Kota Madinah mendekatkan diri kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang amat dikasihi dan dicintai. Kota Madinah begitu aman, damai dan tenteram. Bandarnya yang bersih dan kurang sibuk.
Apabila memasuki Masjid Nabawi, hati begiu syahdu sekali, terasa dekat dengan Nabi Muhammad SAW. Di Masjid Nabawi, pintu masuk ke dalam masjid adalah berasingan antara kaum Adam dan kaum Hawa. Tempat solat juga berasingan. Bagi kaum Hawa, segala peralatan seperti kamera atau telefon bimbit yang mempunyai kamera adalah dilarang sama sekali untuk dibawa ke dalam masjid. Petugas masjid akan menjalankan tugas mereka bagi memastikan tiada gajet yang terlepas masuk ke dalam masjid.
Antara tempat mustajab untuk berdoa di Madinah adalah Raudhah. Melawat Raudhah dan memberi salam serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW menginsafkan kita umat baginda yang begitu kerdil sekali.
Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW,
Kawasan di dalam Raudhah kecil sahaja. Apa yang membezakan adalah apabila kaki anda menyentuh karpet berwarna hijau, itu bermakna anda telah berada di dalam Raudhah. Bagi kaum Hawa, terdapat masa-masa yang diperuntukkan sahaja untuk memasuki Raudhah. Perasaan berada di dalam Raudhah amat sukar digambarkan. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa indahnya berada di Taman Syurga itu."Diantara rumahku dan mimbarku adalah sebahagian Taman Syurga".
No comments:
Post a Comment