Mungkin ia sebagai salah satu cara untuk menerapkan nilai-nilai murni dan memartabatkan disiplin dalam diri.
Mungkin.
Aku tidak tahu bagaimana keadaan di luar. Aku juga tidak tahu apa yang telah terjadi di luar sana sama ada di dalam atau pun di luar negara. Pelbagai isu tidak dapat dikupas secara matang. Pelbagai masalah juga tidak dapat diselesaikan secara profesional.
Mungkin.
Dan di ruang inilah aku sedar bahawa pemikiran aku tidaklah meluas dan berkembang selaras dengan umur. Hidup hanya bertemankan buku, laptop dan kertas-kertas.
Aku tidak tahu bagaimana keadaan di luar. Aku juga tidak tahu apa yang telah terjadi di luar sana sama ada di dalam atau pun di luar negara. Pelbagai isu tidak dapat dikupas secara matang. Pelbagai masalah juga tidak dapat diselesaikan secara profesional.
Jika kita sedar, kebanyakan pelajar yang duduk di asrama memang terputus dari dunia luar. Mungkin bukan semua, ada juga yang sentiasa update dengan isu semasa melalui rangkaian teknologi masa kini. Tapi aku boleh jamin, hanya berapa kerat sahaja yang tahu.
Kadang-kadang aku rasa hidup ini macam robot yang telah diprogramkan. Siang bekerja dan malam adalah masa untuk cas tenaga yang akan digunakan pada hari esok.
Itu rutin. Sampai bila-bila.
Sistem memang begitu. Sukar untuk mengubahnya. Dan ia memerlukan masa yang agak lama untuk diubahsuai semula. Apa yang penting adalah pemikiran setiap individu. Luaskan pemikiran dan jangan mengongkong minda untuk terus berfikir di luar kotak.
Mungkin selepas ini kita harus lebih alert dengan isu semasa agar tidak lagi terus ketinggalan.
No comments:
Post a Comment