20111027

Jangan Merungut

Dalam dunia ini, tak semua yang kita mahukan atau hajatkan akan tercapai. Dalam banyak perkara atau pelbagai situasi, kita tidak dapat apa yang kita hajati walaupun kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

Itu lumrah.

Kadang-kadang, kita selalu merungut sebab kita tak dapat apa yang kita hajatkan dan nasib kita tak sebaik orang lain. Mereka beruntung. Mereka sentiasa dapat apa yang mereka mahukan. Kenapa nasib kita tak seperti mereka? Kenapa kita tak beruntung macam mereka? Kenapa mereka senang? Kenapa kita tak?

Banyak persoalan.

Tak semestinya kita tak akan dapat langsung apa yang dihajati, mungkin kita perlu menggandakan sedikit usaha dan bersabar. Dan tidak mustahil, kita akan dapat berkali ganda apa yang kita mahukan itu. Janganlah kita bersikap dengki, iri hati atau cemburu pada nasib dan kelebihan orang lain. Mungkin itu sudah rezeki mereka. Rezeki untuk kita akan ada suatu masa nanti. InsyaAllah.

Kadang-kadang kita lupa, Tuhan jadikan kita cukup sempurna. Setiap manusia punya kekuatan dan kelemahan. Masing-masing ada keistimewaan yang tersendiri. Dan dua benda inilah yang saling melengkapi kehidupan kita. Nobody's perfect. Walau sesempurna mana manusia itu, masih ada juga silapnya.

Tuhan telah menetapkan rezeki kita, bukan pada jumlahnya tetapi pada syaratnya.

No comments: