"Mengecilkan hati seseorang adalah berdosa dan berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi, lebih besar dosa sekiranya berkecil hati."
Sekiranya seseorang menghina diri kita, maka dia adalah berdosa. Dan sekiranya kita terasa hati dengan penghinaan dia, maka kita juga adalah berdosa. Akan tetapi, dosa kita lebih besar daripada dosa dia. Hal ini kerana, orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Kerana itu adalah ujian dari Allah.
Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu?
Kerana DIA mahu mengingatkan diri kita yang sudah leka dengan dunia.
Apabila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tidak redha dengan ujian yang diturunkan oleh Allah. Dan ini bermakna, kita bukan sahaja berkecil hati dengan orang itu tetapi berkecil hati dengan Allah.
Dan keadaan akan jadi lebih parah apabila kita bercerita kepada kawan-kawan dan kawan-kawan kita itu pula akan bercerita pada kawan-kawan lain. Jadi, keredhaan terhadap ujian Allah itu akan hilang.
"Setiap kali orang memuji kamu, seharusnya kamu perlu berasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang yang memuji kamu disebabkan ALLAH S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."
Kesimpulannya, jangan mudah terasa hati. Ini bermakna kita tidak redha dengan ujian yang diberikan oleh Allah dan Allah tidak redha dengan kita. Na'uzubillah.
Sumber dari: Ah Madd
No comments:
Post a Comment