20111210

Tips Menghadiri Temuduga

Alhamdulillah, selesai sudah temuduga untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan bagi pengesahan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41. Sekarang, baru boleh tidur dengan lena dan tenang. Sudah tak ada lagi bayangan mengenai dasar pendidikan, isu-isu semasa, teori-teori pembelajaran, nama-nama menteri dan sebagainya yang sentiasa berlegar-legar dalam kepala ini.

Kumpulan aku merupakan kumpulan yang terakhir untuk ditemuduga pada hari rabu. Pendaftaran pada jam 9.30 pagi. Memandangkan setiap kumpulan mengambil masa lebih kurang satu jam lima belas minit, maka bermulanya kumpulan aku untuk ditemuduga pada jam satu petang. Terlalu lama masa yang diambil untuk menunggu. Debar jangan cakaplah. Nak baca nota pun dah tak masuk. Tangan sejuk, menggigil. Nervous!

Soalan yang ditanya tidak terlalu mudah dan tidak terlalu sukar. Berikut adalah beberapa soalan yang ditanya.
1. Terang dan huraikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2. Microteaching
3. Multiple Intelligence
4. Teori-teori pembelajaran
5. Wajarkah peperiksaan pusat seperti UPSR, PMR dan SPM untuk murid-murid pendidikan khas?
6. Setujukah bahawa sekolah digelar komuniti kecil?

Di sini, aku kongsikan beberapa tips untuk pergi ke temuduga.

1. Berpakaian kemas.
First impression panel pada diri. Kalau kita pakai selekeh, baju tak gosok, kotor dan sebagainya, orang nak hire kita kerja pun akan fikir sepuluh juta kali. Jadi, pakailah pakaian yang sopan dan kemas. Ikut bagaimana etika berpakaian.

2. Jangan duduk selagi panel tidak beri keizinan.
Itu adalah markah sahsiah. Macam ada seorang kawan tu, masuk dan terus duduk. Sia-sia kena tegur. Itu pun nasib kena tegur sahaja, kalau panel halau lagi naya. Tunggu arahan dari panel dahulu sebelum lakukan apa-apa tindakan ye.

3. Berikan senyuman yang paling manis.
Jika tak pasti akan jawapan kepada sesuatu persoalan, senyum sahaja. InsyaAllah panel tersebut akan lembut hati dan cuba membantu dengan memberikan beberapa hint supaya korang menemui jawapan kepada persoalan tersebut.

4. Jawab dengan keyakinan.
Yang ini paling penting. Walaupun tak berapa yakin dengan jawapan yang diberikan, tapi jawablah dengan penuh keyakinan. Panel juga seorang manusia. Dia mahu melihat keyakinan kita untuk menjawab soalan dan juga cara bagaimana kita berfikir untuk menjawab soalan yang diajukan.

5. Peka dengan isu semasa.
Kebanyakan remaja hari ini kurang berminat untuk mengetahui isu semasa. Aku pun sama, tidak terkecuali. Jadi, sebelum menghadiri temuduga, haruslah mengambil tahu sedikit sebanyak mengenai isu semasa yang sedang hangat diperkatakan. Panel biasanya akan berminat pada calon yang mengetahui apa yang terjadi pada persekitaran hidupnya.

Itu sahaja. Tenangkan diri, tawakal dan selawat. Semoga berjaya. :)

4 comments:

MiszMaryaNe said...

nice tips nad,
congrates da abes,
doakn akk plak yer..=)

ID said...

bestnya dah abes *JELES

oilswithnad said...

good luck kak yam. all the best! :D

jangan jeles ye yan, sabar tau hehe

Anonymous said...

nice tips cik nadia, terima kasih kerana memberi entry-entry yg sgt bermanfaat untuk sesama kita.