20111211

Pesta Buku Karangkraf

Patutnya ini adalah entri untuk minggu lepas. Disebabkan aku agak busy untuk temuduga tersebut, jadi entri ini tersadai dalam draft sahaja.

Minggu lepas ada Pesta Buku Karangkraf di Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam. Aku sebagai orang Shah Alam sendiri pun tak tahu menahu adanya pesta buku ini. Aku pergi pun kerana seorang kawan yang memberitahu dan dia mengajak aku menemaninya ke sana. Disebabkan sekarang aku memang pun seorang penganggur bertauliah, jadi aku memang tak ada masalah bila orang ajak keluar.

Pesta buku ini berlangsung selama tiga hari. Jumaat sehingga ahad. Pesta buku ini hanya menjual buku-buku keluaran karangkraf sahaja. Buku-buku yang dijual boleh dapat dengan harga murah dan discount sebanyak 30% sehingga 70%. Orang memang ramai. Beratur nak pergi bayar tu je dah dekat satu jam. Kalau nak beli dengan harga murah, perlu ada kesabaran yang sangat tinggi untuk beratur dan membayarnya.


Boleh tengok berapa ramainya ornag yang tengah beratur. Dan yang tengah duduk di meja itu adalah penulis. Aku pun tak berapa kenal penulis-penulis ini. Yang aku kenal adalah Ramlee Awang Murshid sahaja.


Dan ini adalah buku-buku yang dibeli. Empat buah buku dengan harga RM50. Disebabkan aku mengumpul novel Ramlee Awang Murshid, memang aku tak lepaskan peluang untuk beli koleksi yang saya tak ada. Dan novel Ombak Rindu itu merupakan novel lama. Aku dah pun baca sebenarnya novel tu masa zaman sekolah, sebab penangan cerita Ombak Rindu kat panggung, aku beria cari sebab nak baca novel ini balik. Nasib baik jumpa.

Nanti, kalau ada lagi pesta buku macam ni, aku akan update ok. :)

No comments: