20120107

Terlalu Banyak Berfikir

Setiap malam sebelum tidur, aku mesti duduk, baring, termenung dan kemudian berfikir. Bukan sebulan sekali, bukan seminggu sekali. Setiap hari. Aku ulang, setiap hari.

Banyak benda yang mengganggu fikiran sekarang ini. Pasal benda ini, pasal benda itu. Yang ini masih tak selesai, yang itu sukar untuk diselesaikan, yang baru pula masih tiada jawapan. Samar-samar.

Itu baru sikit.
Ada banyak lagi.

Belum masuk tentang apa yang akan terjadi pada yang ini? Apa pengakhiran bagi yang itu? Yang baru ditambah lagi? Haihh.

Mengeluh, sampai berpeluh-peluh.

Hari-hari, pasti ada benda yang terjadi yang membuatkan aku berfikir, berfikir dan terus berfikir. Memang orang kata berfikir itu bagus untuk otak, kerana ia mengasah dan mencerdaskan otak supaya sentiasa bekerja. Kalau tidak menggunakan otak, lama-lama otak akan menjadi lambat.

Kalau terlebih guna bagaimana pula? Kulit berkedut, haid tidak menentu, mengalami sentakan kaki atau tangan ketika tidur dan menjejaskan kesihatan.

Arghhhhhhh!!! *jerit sekuat hati*

Sekuat mana kau jerit pun, benda tak akan berubah. Benda tak akan selesai. Kau kena cari jalan dan jawapan untuk menyelesaikan kesemuanya. Kau kena tenang untuk menyelesaikan masalah satu persatu.

Tak ada permasalahan yang tak ada jalan penyelesaian. Pegang kata-kata itu.

No comments: