20120117

Diari Sekolah #1

Alhamdulillah, setelah mendapat berita gembira mengenai penempatan sekolah di negeri sendiri, dan seterusnya mendapat PPD Klang, dan kemudian ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Batu Unjur, Klang. Syukur sangat sebab sekolah boleh dikatakan agak dekat dengan rumah, dan hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan.

Sekolah sangat-sangat okay dan mendapat penerimaan yang sangat baik dari semua pihak. Terdapat 1500 orang murid di sekolah tersebut di mana 500 daripada jumlah tersebut adalah anak-anak dari Sabah. Tak perlu pergi ke Sabah pun boleh jumpa ramai anak Sabah di sini dan boleh belajar bahasa mereka sekali di sini.

Murid-murid Pendidikan Khas di sekolah ini sangat ramai iaitu sebanyak 130 orang dan terdapat 19 buah kelas kesemuanya. Sepanjang praktikum, aku tak pernah jumpa murid-murid Pendidikan Khas seramai ini. Paling ramai pun dalam puluh-puluh sahaja.

Aku telah ditugaskan sebagai Guru Prasekolah Pendidikan Khas. Walaupun tak pernah belajar dan tak tau apa-apa serta masih mentah, saya anggap ini semua sebagai satu cabaran untuk diri sendiri.

Sebenarnya, apa yang terjadi dalam kehidupan kita adalah perkara yang sebaik-baiknya, kerana Tuhan lebih tahu akan kekuatan dan kelemahan hamba-hamba-Nya.

Doakan yang terbaik buat aku.

1 comment:

Juliet_iRa~" said...

good luck!;p

psss : ko nyanyi lagu dwibahasa sek ren ke menengah??;p..