20111230

Kisah Seram

Sejak akhir-akhir ini aku selalu baca pasal kisah seram di internet. Mungkin sebab dah tak tau nak buat apa bila tengah cuti, maka itulah salah satu cara untuk menghilangkan rasa kebosanan di hati. Tapi, kadang-kadang baca tak habis pun sebab takut.

Bila baca cerita-cerita macam ini, teringat pulak banyak kes yang berlaku semasa di maktab. Alhamdulillah, sepanjang berada di maktab selama lima tahun setengah, tak ada apa-apa peristiwa yang teruk terjadi. Ada satu dua cerita yang akan aku kongsikan di sini. Nak kata seram tak adalah seram sangat. Dan aku amat bersyukur sebab 'benda' tu tak menonjolkan dirinya. Kalau tak, boleh pengsan dua tiga hari tak bangun agaknya.

Peristiwa terjadi di Blok C yang sekarang lebih dikenali sebagai Blok Dang Merduwati. Berdasarkan cerita-cerita yang pernah aku dengar, blok ini pada asalnya adalah bekas blok Hospital Melaka yang telah diubahsuai. Dan bermula dari tahun lepas, blok tersebut sudah tidak digunakan lagi kerana telah dijadikan muzium.

Cerita 1
Aku ditempatkan di bilik yang paling besar sekali di blok tersebut, di mana bilik tersebut boleh memuatkan enam orang guru pelatih. Dan bilik itu betul-betul menghadap pokok besar yang berada di padang. Sekarang, pokok tersebut telah pun di tebang. Malam itu ada event di Dewan Srikandi, aku dan roommate pulang awal ke bilik. Semasa lalu dihadapan blok tersebut, kami tercium satu bau iaitu seperti bau ubat-ubatan di hospital. Itu pada kali pertama. Kali kedua semasa di dalam bilik sendiri. Bila dah terbau, masing-masing terus diam dan pandang sesama sendiri, dan terus buat tak tau macam tak ada apa yang berlaku. Ada roommate pernah nampak kelibat budak kecil berdiri tegak dekat katil aku dan pada masa itu juga dia kena himpap. Menurut kakak bilik sebelah, dia selalu dengar orang tolak stretcher malam-malam. Hal itu benar atau tidak, itu aku tak pasti.
Cerita 2
Kisah yang kedua ini berlaku di toilet Blok C. Toilet yang betul-betul berada di tangga tengah dekat dengan kelas Pra Sekolah lama tapi di tingkat atas. Toilet yang selalu saya gunakan untuk mandi, basuh baju dan sebagainya. Waktu itu, tepat jam 12 tengah hari. Aku pergi toilet seorang diri. Kemudian, aku terdengar suara orang menangis. Tapi yang pastinya, toilet tersebut memang tak ada orang. Hanya aku seorang sahaja. Dan dengan beraninya aku pergi buka setiap pintu toilet untuk mencari gerangan orang yang menangis itu. Aku pun tak tau bagaimana aku boleh bertindak berani seperti itu. Toilet tersebut memang confirm tak ada orang. Terus aku cabut lari balik bilik. Bukan hanya sekali benda ini terjadi, adalah dalam dua tiga kali. Bila aku tanya pada makcik cleaner, dia cakap benda ini biasa. Sebab dia pun terdengar benda yang sama. Sampai sekarang, aku tak tau siapa yang menangis di toilet tengah hari buta.
Mulai tahun lepas, pelajar-pelajar yang senior dibenarkan menetap di blok baru. Itu pun masih ada kes histeria dan sebagainya. Bermacam-macam cerita yang aku dengar. Dan Alhamdulillah, tidak ada apa-apa perkara yang pelik terjadi sepanjang aku di sana.

Memang ada makhluk lain yang menginap di muka bumi ini. Sentiasalah kita memohon perlindungan dari-Nya. InsyaAllah akan dijauhkan daripada gangguan-gangguan yang tidak diingini.

No comments: