20111203

Kesakitan Penghapus Dosa

Banyak sangat berita bahawa mereka yang masih muda dipanggil untuk mengadap Ilahi. Soal hidup dan mati berada di tangan yang Esa. Tidak kira akan usia, pangkat, mahu pun darjat. Jika sudah sampai masanya, maka pergilah dia.

Al-Fatihah.
Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Dunia, merupakan tempat ujian buat manusia.

Kekayaan dan kecantikan tidak melambangkan kebahagiaan. Kebahagiaan adalah milik yang Esa. Tetapi kekayaan itu bukanlah satu dosa, dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Jika kita punyai kedua-duanya, maka bersyukurlah. Carilah keberkatan-Nya.

Kesakitan itu adalah kaffarah dosa. Tapi kadang-kadang kita tak pernah sedar. Selalu merungut. Selalu mengomel. Hati tak pernah bersyukur. Kesakitan atau bencana itu juga merupakan jalan Allah untuk meninggikan darjat seseorang hamba-Nya. Walaupun ianya dilihat teruk di mata manusia, namun hikmahnya hanya Dia yang maha mengetahui.

Kadang-kadang, kita rasa kita dah cukup sempurna sehinggakan kita terlupa akan ada ujian yang diberikan oleh yang Esa untuk hambanya yang dikasihi. Bersyukurlah atas ujian yang telah diberikan, kerana ujian ini akan memberi kita kesedaran dan makin dekat dengan-Nya.

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang sabar, redha dan sentiasa bersyukur atas segala pemberian-Nya. Amin..

3 comments:

Anonymous said...

kesakitan adalah ujian dan dugaan dari yg Maha Penguasa kepada manusia di dunia. seperti kita sedia maklum bumi adalah tempat sementara yg kita huni dan diberi tanggungjawab untuk menjadi seorang khalifah tidak kira lelaki atau wanita. manusia yg diberikan akal fikiran oleh Maha Penguasa sepatutnya meletakkan rasa syukur kepada yg Maha Memberi kerana diberikan kesakitan, penderitaan dan lain2 yg kita selalu merungut. Kerana apa kita patut meletakkn rasa syukur? kerana itu semua bukan bersifat selamanya itu adalah sementara.. dan kita perlu ingat ada orang diberi kesenangan dan kemewahan. tapi kita lupa itu juga adalah sebahagiaan dari ujian. ujian utk kita menghadapi sifat mazmumah iaitu sifat riak, takbur, sombong... dan kita perlu ingat adakah kita dapat menghadapi ujian seumpama itu? mungkin sekarang kita bercakap atau berkata "ahh aku kaya nanti dengan izin Allah aku akan menolong orang yang memerlukan".. tapi sekiranya datang hari itu adakah kita berbuat sedemikian atau mungkin kita akan lupa apa yg dijanjikan... kita patut bersangka baik kepada Pencipta kita kesakitan yg dtg pada kita adalah mungkin dosa-dosa kita sesama manusia yg masih belum dimaafkan atau kita masih belum memaafkan orang lain atau apa-apa kesakitan yang datang mungkin satu cara untuk kita mendapat kesenangan pada masa akan datang dengan cara yang diredhai ALLAH. kita patut kembali pada Sunnah kekasih Allah iaitu Rasulullah (SAW)sebelum tidur beliau memaafkan orang, solat taubat. dan beliau tidak pernah memarahi manusia lain walaupun dibaling batu dan tidak pernah berdendam. saya dapat rasakan dengan cara itu kita dapat redha apa yg diberi Oleh ALLAH SWT. akhir kata "tiada yang sempurna antara manusia, tiada yg beza antara kita, tiada yang kaya antara kita, tiada yang miskin antara kita, kita dijadikan semuanya sama dan saling memerlukan". andai tersalah fakta maaf diucapkan
~orang yang tiada sijil pendidikan hanya bergantung pengalaman dlm kehidupan~

oilswithnad said...

Thank you for reading my entry.
Pengalaman memang mengajar kita erti kehidupan.
Thank you again, kerana sudi berkongsi :D

Anonymous said...

inilah yang diajarkan islam, berkongsi ilmu. supaya dapat menyempurnakan kehidupan. kerana kita dilahirkan tidak sempurna walau tiada beza tapi kita perlu berkongsi untuk mencukupi. sekiranya saya tersalah bahasa atau tersalah ilmu mohon dibetulkan agar kita sama-sama boleh mencari dan berkongsi ilmu alam yg luas ini.