20111219

Jelas Sesuatu Kebenaran

Bila satu saat, kau jelas tentang sesuatu kebenaran yang setelah sekian lama kau mencarinya, kau akan rasa betapa gelap gelita dan kelamnya dunia. Satu benda yang kau tak jangka akan berlaku, yang sangat kau takuti dan yang paling penting benda itu adalah benda yang kau berusaha sedaya upaya untuk mengelakkannya.

Tapi, itulah yang telah terjadi.

Kau tak boleh melakukan apa-apa. Hanya duduk dan lihat. Kadang-kadang, kisah dan kenangan lalu bersilih ganti. Timbul pula rasa kesal dalam hati. Dan kau hanya boleh melepaskan tangisan secara rahsia. Kau tak boleh menangis depan orang yang paling kau sayang. Kau tak boleh nak tunjukkan bahawa diri kau lemah.

Tugas dan tanggungjawab kau besar. Kau tak boleh dan jangan sesekali mencuba untuk mengabaikannya. Kau kena berusaha menggembirakan hati orang yang paling kau sayang walaupun hati kau sendiri rapuh, remuk, pecah sebenarnya.

Kau kena kuat.
Kau harus kuat.
Kau mesti terima kenyataan.
Kau kena beri ruang dan masa untuk diri kau sendiri untuk menerima segalanya.

Ya Allah, besar sungguh dugaan-Mu.

Tabahkanlah hati ini, semoga dapat meneruskan kehidupan yang mendatang. Sesungguhnya, Tuhan lebih mengetahui kekuatan seseorang hambanya. Mungkin ada hikmah di setiap kejadian.

1 comment:

Anonymous said...

solat istikharah adalah yg trbaik waktu ini agar dpt petunjuk darinya, selepas itu disusuli solat taubat dan hajat.... insyaAllah semuanya akan baik.. hidup tanpa dugaan umpama
"berjalan didalam hutan yang pokoknya telah mati"
"menyelam didasar lautan tetapi hidupan didalamnya telah tiada".

~ manusia yg tidak berpendidikan formal, hanya berpandukan pengalaman daripada dugaan