20111223

Jangan Berdendam

Walau macam mana orang sakitkan hati kita, janganlah kita berdendam dengannya. Kerana dendam boleh membinasakan ikatan silaturrahim yang telah terbina. Dan jangan sesekali kita mengamalkan sifat-sifat tercela itu.

Kadang-kadang, kita selalu fikir, orang senang-senang sahaja dapat menyakitkan hati kita, tapi bila kita mahu membalasnya semula supaya mereka rasa apa yang kita rasa, mesti tak boleh. Kenapa?

Bila difikir balik, mungkin sebab kita ini seorang yang baik dan Tuhan sayangkan kita, oleh sebab itulah Dia tidak mengizinkan kita untuk melakukan sesuatu perkara yang Dia tak suka. Itu semua adalah dugaan, dan kita patut berasa beruntung kerana diberi dugaan.

Salah satu silap manusia adalah menyalahkan orang lain apabila sesuatu benda yang terjadi. Padahal, apa yang terjadi itu telah ditetapkan oleh-Nya. Mungkin dugaan-dugaan yang telah ditetapkan itu untuk mengubah sikap yang ada pada diri kita. Tapi, majoriti manusia di dunia ini tidak nampak akan kesalahan sendiri jika tak ada orang yang akan membangkitkan satu-satu kesalahan tersebut.

Sebab itulah kita kena rasa beruntung apabila mendapat sesuatu dugaan, sebab kita dapat Hidayah untuk berubah dan perbetulkan diri kita. Manusia ini kebanyakannya tak mahu mengambil masa untuk berfikir bagi memahami segala aturan-Nya. Kita tak faham tentang Hidayah yang terlindung di sebalik perbuatan seseorang. Dan hal itu menyebabkan kita membenci dan berdendam sesama sendiri.

Berdendam adalah suatu sifat yang tidak sihat. Lagi kita rasa nak membalas dendam, maka lagi tertekanlah diri kita. Hak untuk mendenda seseorang insan kerana kesalahan yang dilakukan adalah hak Tuhan bukan kita.

Jangan terlalu bertindak mengikut emosi. Hidup ini singkat. Jangan simpan amarah dalam diri dan jangan sesekali berdendam. Sesungguhnya orang yang memaafkan orang lain itu amat besar jiwanya. Belajar untuk tenangkan hati dan jiwa.

No comments: