20111215

Istiadat Konvokesyen Kali Ke-2 #Part |

Ini adalah sedikit info mengenai konvokesyen bagi pelajar-pelajar IPG pada 12 sehingga 14 Mac 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya.

Disebabkan selepas SPM, aku terus masuk ke IPG di mana setahun setengah adalah program persediaan dan empat tahun adalah ijazah, aku tidak pernah menjejakkan kaki di atas pentas konvokesyen. Jadi, aku sangat excited untuk ke konvo kali ini. 

Kawan-kawan sebaya sudah dua kali naik ke pentas konvo untuk mengambil sijil diploma dan sijil ijazah mereka dan ada diantara mereka telah pun sambung ke peringkat Master. 

Sambung belajar?

Aku tengok kawan-kawan yang sambung Master pun dah macam tak serupa orang. Banyak assignment, banyak presentation, tak ada masa nak lepak sama-sama lagi, tak tidur malam semua. Kesian. 

Tapi mungkin sebab dia ambil fulltime Master. Sebab kalau ambil part time, masa hanya untuk thesis and report sahaja. Mungkin itu salah satu sebab kita tengok student Master nampak ada banyak masa yang terluang. 

Aku akan sambung belajar jika ada rezeki. InsyaAllah. :) 

Ini adalah jadual konvokesyen dan korang boleh lihat sendiri yang korang dalam sidang ke berapa. 

Klik untuk besarkan

Aku konvo pada 14 Mac 2012 pada sidang ketiga. Anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi konvo kami. :)

** Sebenarnya aku confuse dengan jadual  ni. Ada Pendidikan Khas dan ada Masalah Pembelajaran. Yang mana agaknya yang betul?

4 comments:

ID said...

bestnye nak konvo.. jeles jeles

oilswithnad said...

HAHAHA jangan nak jealous sangat, masa kamu akan tiba juga, sabar ye :D

MiszMaryaNe said...

Nad, kalo nad sidang ketiga,
boleyla kite jumpe nt,
akk pn sidang yg sme...=)

oilswithnad said...

Tapi kak, kitorang tak sure la hari apa, sebab kat jadual tu macam confuse.
Ada masalah pembelajaran, ada pendidikan khas hahaha.
If sama boleh lah kita jumpa, yay! XD