Di ruang itu,
Dinding-dinding tegak bercantum,
Membentuk ruang empat penjuru,
Menjadi pemerhati diam.
Di ruang itu,
Pelbagai ekspresi rupa dapat ditafsirkan
Datang dari ruang yang sama.
Di sebuah bangunan lama.
Ada yang tersenyum kelat, ada yang tersenyum lega,
Ada yang memancar sinar bahagia, ada yang berduka,
Ada yang tenang, ada yang berperang.
Ada yang menggeleng, ada yang mencuri jeling,
Ada yang menongkat dagu, ada yang tergaru-garu,
Ada yang mengeluh sampai berpeluh-peluh.
Di ruang itu,
Aku duduk menghadap kertas dengan pen di genggaman tangan,
Berfikir sambil memerhati sekeliling.
Masih mencari jawapan kepada persoalan.
Dan di ruang itu,
Menyimpan sejuta memori yang tak akan dilupakan.
Ruang peperiksaan.
No comments:
Post a Comment